Friday, July 03, 2009

Attitude

Hari ini, aku nak blog dalam bm.
Hari ini, aku belajar satu cara untuk mengelakkan emo-ness daripada kawan sejatiku.
Meng-ignore apa yang buruk =P

Jika mulutmu berbisa, lambat laun racunmu akan terkena dirimu sendiri.
Ingatlah kata itu di dalam hatimu.
Janganlah sebut sembarangan kerana hati manusia mudah diguris.

Hari ini, aku pertama kali makan Kinder Bueno.
Sangatlah sedap =)
Time kasih ku ucapkan kepada Shahidah yang belanja aku.
Time kasih kepada Mana yang belanja ku makan karipapnya xD
Shidah kata banyak benda yang aku tak pernah makan.
Safri kata mesti ada satu benda yang aku pernah makan.
MAKAN HATI =)
Ya, betul.

Oh sedihnya aku kerana Cikgu Nancy tidak ingat namaku =.=
Shidah memberi klu malaysia kepadanya untuk meneka namaku =.=
Hari ini, berada di dalam kelas sangat menjengkelkan.
Itulah sebab ku melarikan diri xD
Aku berjaya menyiapkan tugasan yang sudah lama ku tangguh sehingga tumbuh kulat di atasnya xD
Novel BM dan Nota Moral x_X
Akhirnya dapat ku siapkan =)

Hari ini, akhirnya kawanku hadir ke sekolah.
Setelah 8 hari ku tak bertemu dengannya =(
Hari ini ku tolongnya menjawab soalan cikgu. Gembiranya =)

Masa depanmu adalah hasil usaha anda sekarang.
Wujudkan sasaran dan berusaha untuk mengecapinya.
Berusahalah sendiri jika mampu.
Janganlah biarkan udara di sekelilingmu mempengaruhi haluanmu.
Tabahkan hati, kuatkan semangat.
Kegagalan merupakan kunci kejayaan!

Failing is the key to success...

No comments: